BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

jum click here


Click here for Myspace Layouts

tic toc

Thursday 10 November 2011

Jika Dahulu Ada Facebook Part 3



Wednesday 5 October 2011

Jika Dahulu Ada Facebook Part 2...


Tuesday 27 September 2011

Jika Dahulu Ada Facebook...Part 1

in the name of Allah the most gracious and most merciful

ehem ehem...x de sore plak nk ckap..hu2
ri nie incik gulagulaa de entry yg best
rugila klo sape2 x tengok..hahaha

zaman skunk nie smua da maju kan kwn2
dew i-phone, laptop, ipad, komputer dan macam2 bagai la
skunk smua dok layan muka buku..he2
pew 2 muka buku ekz??

facebookla.. klo sape x taw 2 ( den x tawla nak kabo) hehehe
2 zaman skunk la..
cube korang bayangkan klo dahulu dew FACEBOOK ..
Ahhh...macam kat bawah nie la mungkin  jadinye..
zastttt.. layannnnnnn


Thursday 22 September 2011

If Mr. Bean....

in the name of Allah the most gracious and most merciful

hai to all my beloved readers and followers
ehem2..arap anda semua sehat slalu.hehe
da lame rasenye incik gulagulaa x celoteh kan..
ri nie entry incik gulagulaa menarik cikit

korang semua da tengok lowm Johnny English??
pade yg blom ag tengok
leh la ge tengok..klaka beb..
di bawah nie pic hero citer 2 jika dlm pelbagai watak..hihihi

if Mr Bean...(Jom Tengok)

If Mr. Bean Was Avatar


If Mr. Bean Had A Baby

If Mr. Bean Was Justin Bieber


If Mr. Bean Was Lady Gaga

If Mr. Bean Had A Daughter



If Mr.Bean Was A Pirate

If Mr. Bean Was Harry Potter

If Mr. Bean ran For President


If Mr.Bean Was In Twilight

If Mr.Bean Was In Orphan



Thursday 15 September 2011

Sifat 'Terpuji' Rakyat Malaysia

 Berbeza plak di Malaysia.. arrr hmmm urmmm.. tgklah gambar kt bawah ni sendiri..



Ini kes lori bawak beras eksiden, ramai yg dtg 'bantu' kutip beras berterabur atas jalan raya.. Ramai yg mengaut keuntungan mkn beras percuma stok sebulan.




Hahh atas ni pulak kes jip eksiden bawak duit syiling berterabur atas jalan raya.. Lagi ramai dtg 'bantu' kutip duit dari membantu mangsa..

Tapi yang peliknya kat bawah ni...




PASAL APA TAK DAK SAPA PULA NAK KUTIP??
Sedangkan keenam2 gambar di Malaysia itu ADALAH HARAM..


Hahaha…Inilah Malaysiaku tercinta. Shatuuu…Malaysia…..

Sifat 'Terpuji' Rakyat di dunia..


TOKYO- Beberapa penduduk Jepun menyerahkan kepada pihak berkuasa wang tunai yang ditemui mereka berjumlah £50 juta (RM246.41 juta), lapor sebuah akbar semalam. Wang itu ditemui oleh beberapa penduduk selepas gempa bumi dan tsunami melanda timur laut negara itu pada 11 Mac lalu. Sifat jujur rakyat Jepun itu didedahkan oleh media Britain.
Lebih 5,700 peti simpanan yang terdampar di pesisiran pantai telah diserahkan ke balai-balai polis oleh sukarelawan dan petugas penyelamat. Di dalam peti-peti berkenaan, polis menemui sekitar £20 juta (RM98.49 juta) dalam bentuk wang tunai.

Polis juga menemui wang tunai berjumlah £600,000 (RM2.95 juta) dalam sebuah peti simpanan tersebut. Menurut polis, hampir semua wang tunai yang ditemui di kawasan-kawasan yang paling teruk terjejas akibat tsunami itu telah dipulangkan kepada pemilknya. Ramai yang menyimpan buku akaun dan dokumen hak tanah bersama nama serta alamat mereka dalam peti simpanan tersebut. - Agensi





Sejumlah golongan muda didakwa di mahkamah-mahkamah di Britain ekoran kes kecurian yang berleluasa dibeberapa bandar utama di negara itu dilanda rusuhan baru- baru ini.

Ulasan :

Di Jepun, rakyatnya begitu jujur sekali. Sanggup berbaris memulangkan duit yg dijumpai masa Tsunami lepas..

Di London, pesalah yg mencuri di premis² telah diheret ke mahkamah utk didakwa..

Monday 12 September 2011

LEMBU OH LEMBU..KALAULAH KAU PANDAI BERCAKAP

Seorang lelaki sedang berjalan dengan lembunya...
...
LEMBU. Aku makan rumput. tuan makan apa?
LELAKI. Aku makan nasi. kita tak sama.

LEMBU: tuan tidur di mana?
LELAKI. Aku tidur atas tilam. engkau tidur dalam kandang. mana nak sama.

tiba-tiba kedengaran laungan azan....

LEMBU: itu suara apa?
LELAKI: Seruan azan mengajak bersembahyang.

LEMBU: tuan tak sembahyang?
LELAKI: tidak.

LEMBU: samalah kita.

Friday 9 September 2011

lawak khas HARI RAYA AIDILFITRI..


in the name of Allah the most gracious and most merciful

hye to all readers and my beloved followers
diarap sihat dan ceria slalu
jangan masam2 muke na..
senyum cikit di pagi ary yg indah nie=)

sebelom incik gulagulaa nak stat kije nie..
cam biasela buke blog dulu dan terjah blog kwn2 dan followers
ri nie entry incik gulagulaa nak taw x??
dew kat atas tu na..he2

zasss...layannnn

INGAT PADA YG MEMERLUKAN.renung renungkan selamat beramal..

Duit RM1 telah bertemu dengan RM50 dan bertanya:
RM1 : Oit,lama tak nampak,mana ko pergi?

RM50 : Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF, M’sian Idol..tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?

RM1 menjawab perlahan seraya menunduk,“Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau… masjid“.

duit 20sen plak menyampuk, "0key la tu, aku ni asyik2 pegi tandas"

Tuesday 6 September 2011

Cheritera di bulan raye..

hai semua readers dan followers
windu rasenye nak berblogger..hehe
da nak 2 minggu x terusik blog nie..
di biarkan jew berkarat jap
ary raye katekan (setaon sekaly)

incik gulagulaa  taon nie bz beraye ge uma sanak saudare dan kawan2
beratur panjang anak buah nak dpt wit raye dari incik gulagulaa taon nie..hehe
klo korang nak datangla beraye ke uma incik gulagulaa di Klang..=)
ri nie incik gulagulaa x nak berceloteh panjang..
just nak kongsi cherite lawak tok korang semua bersantai di bulan raye..

marilah kite layan bersame2..zasss...

CERITA1
Satu hari Chot terbangun mlm. Dia nak terkencing. Dia pun
masuk bilik air.Chot sungguh terkezut bila lampu tu terbuka sendiri. Lepas kencing dia pun terus keluar dan dia tutup pintu toilet… Sekali lagi dia terkejut bila lampu toilet tu tertutup sendiri…

Cepat-cepat dia kejut kan bini dia yang tengah lena tidur. Dia pun menceritakan hal yg terjadi kat toilet tadi...lampu tu terbukak dan padam sendiri. Bini Chot yang dalam keadaan sedar tak sedar tu pun berkata.. "Dah… dia buat dah perangai lama…Awat hang kencin dlm peti ais…???

CERITA2
4 orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di
Hospital sementara isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak.
Kemudian keluar nurse dan memberitahu kepada ayah pertama,
"Tahniah, kamu sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua!"

"Mungkin satu kebetulan" kata ayah pertama.
" Saya bekerja di Twin Star Enterprised"
Kemudian keluar pula nurse lain dan memberitahu kepada ayah
kedua, "Tahniah! awak mendapat anak kembar tiga!"
"Wooow!, mungkin satu kebetulan" jawab ayah
kedua."Saya kerja di 3M Corporation"

Keluar pulak nurse lain dan memberitahu ayah ke
ketiga,"Congratulation!isteri you dapat kembar empat,"

"Alhamdulillah! Mungkin juga satu kebetulan".
Saya kerja di Four Season Hotel!"

Pada masa ini ayah yang ke empat kelihatan amat tidak
menentu dan gelisah.
Kesemua ayah-ayah yang menunggu pun bertanya, "kenapa
risau sangat??"
Jawab ayah keempat,"Saya bekerja di Seven-eleven"

CERITA 3
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu
sebuah klinik,Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia
segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan,
mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...


-TaMaT-

Saturday 27 August 2011

Salam Lebaran untuk semua..

in the name of Allah the most gracious and most merciful


hai to all readers and my beloved followers
kad raye nie ditujukan khas pade sape2 yang mengenali incik gulagulaa x kire di mane anda berade
di hari raya yang bakal menjelang tibe nie..
incik gulagulaa ingin mengambil kesempatan
memohon ampun dan maaf 
jika terkasar bahase atau melukakan aty anda semua
 
selamat hari raya aidilfitri saya ucapkan
dan salam lebaran kepade kawan2 kite yg study or keje diperantauan..
kepade yang ingin pulang ke kampung berhari raye
pandula dengan cermat dan ingatla owang tersayang..=)

segala yang baik 2 dtg daripada Allah,
segala yang buruk 2 datang daripada diri kite sendiry

Sekian..wasalam..(",)


Thursday 25 August 2011

5 citer lawak tok rilek2..

hai to all readers and my followers
da bape ary incik gulagulaa x update blog nie kan2
ri nie tangan incik gulagulaa da rajin ckit tok menaip..hehe:D
maklum la sblom nie bz pas jew kije kena ge dinner company

naseb baek makan kt cne mewah-mewahh..
dew claz gituu owang kate..hihihi
agakz2 korang la hotel manela incik gulagulaa ge dinner nie???
mezty ramai nak taw kan..(poyo jew dinner incik gulagulaa nie)
majlis berbuke pose sudah la cakap.=)
ri 2 incik gulagulaa ge majlis berbuka kt SWISS GARDEN HOTEL..
makan ngan membe2 campai x larat da den nok jalan..

nie la hotel incik gulagulaa pegy majlis berbuke pose..=)

dah2 incik gulagulaa ke laut da nie..
banyak sangat celoteh 2.
keyh berbalik pade entry sy ri nie..
ri nie sy nak share citer lawak tok korang semua..yeahh..
semoga terhibur dan layann..zassss...

Lawak 1
Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tidak berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba kereta itu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku turun dalam hujan lebat dan marah pemandu itu kerana berhenti mengejut, tapi dia nampak kehairanan kerana aku marah dia dalam garaj kereta rumahnya.

Lawak 2
Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina yang cukup. Anjing A pun training habis-habisan, anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal daripada A, malahan sempat makan lagi. Anjing A tak puas hati, tapi anjing B kata,"Ala... releks le, aku ni kan anjing laut."

Lawak 3
Seorang ator membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah."Atok buat apa tu?" "Atok bagi surat kat kawan atok, cu!"jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi,"Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

Lawak 4
Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual menjamin tembikai yang dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai tersebut berada di tangan makcik, tiba-tiba ianya terlepas, jatuh dan berwarna sedikit keputihan, takut di panggil penipu, si penjual pun berkata,"Eh! Tadi merah, pasal jatuhla, dia takut terus jadi pucat dan putih." Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka si penjual tu.

Lawak 5
Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang berserta 2 orang kenamaan telah jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi alfatihah buat 2 orang kenamaan itu. Apabila sedar dari koma, juruterbang itu telah disoalsiasat oleh pihak polis,"Cuba awak ceritakan apa yang telah terjadi untuk memudahkan siasatan kami."Mmmmm... entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter tiba-tiba saya terasa sejuk sangat. Jadi saya telah matikan kipas Helikopter tu...

HAHAHAHAHAHA.:D

Monday 22 August 2011

Pantun loghat negeri di Malaysia..(",)

in the name of Allah the most gracious and most merciful

hai to all readers dan my beloved followers..
meyh sini.. come to papa 2x (versi abang lodil)
ri nie sy nak share kepade semue pantun negeri
mzty de antare korang da x amik taw sal pantun
adat resam kite dahulu kan..

nie pantun incik gulagulaa nak share
dew la seperti yang di entry saie 2..=)
bile korang bace mzty tergelak..
macam2 loghat dew..

jom kite layann...zuzzz...

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita
Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile
Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin
Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie
Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok
N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

(org kolumpo jgn kocik ati!!)Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu
Perak...
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai
Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau
Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq
Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang


Sunday 21 August 2011

Ucapan incik gulagulaa untuk semua..


ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ



 Assalammu alaikum wr. wb,

Ramadhan sudah diambang pintu,
Jika Allah berkehendak InsyaAllah kita akan menemui Ramadhan penuh barakah.
Semoga kata taqwa InsyaAllah akan menjadi milik kita yang
berharga sebagai modal untuk langkah kita selanjutnya
Sementara Salah paham, kesedihan, ego, sakit hati, adalah sebahagian dari proses kehidupan kita.

 
 
All
DTapi Allah membuatnya dengan sangat sempurna, tidak
ada yang sia - sia dari apa yang sudah Allah kemas
dengan baik dalam bingkai rumah kehidupan kita
Tidak ada yang lebih mulia pada hari dimana semua
malaikat memanjatkan doa, dimana tidak ada kegiatan
baik yang tidak dilipat gandakan amalannya oleh Allah.

"MAKA NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN..."

teringat ayat ini terus berulang di Ar-Rahman...
teringat kelemahan diri akan segala khilaf dan salah...
semoga Ramadhan ini membawa kebaikan, dan kesejukan...
seperti layaknya embun di pagi hari
berkilau tertimpa cahaya mentari...
semoga di masa mendatang  terus dianugerahi keheningan hati...
seperti layaknya telaga Kautsar..


Dengan segala kekurangan dan kerendahan hati serta keikhlasan atas semua kekhilafan dan kelalaian yang pernah saya lakukan
baik secara langsung mahupun melalui dunia maya,
Jauh didalam hati yang sentiasa didalam genggaman Allah




AlSaya mengucapkan :

" Marhabban Ya Ramadhan,
 Mohon Maaf zahir dan Bathin. "

Semoga Allah mengampuni semua dosa-dosa kita dan memberikan Barkahnya di Bulan penuh Hikmah ini.
Wassamu'alaikum Wr. Wb,.

Buy 2 #HotlinkRamadhanHotTiket & u’ll be noming KFC for free!

Buy 2 #HotlinkRamadhanHotTiket & u’ll be noming KFC for free!

SILA KLIK SINI TO ALL READER..=)

Friday 19 August 2011

Mencari LailatulQadar

PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SELAWAT DAN SALAM KEATAS BAGINDA) ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN.


PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA’ UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:

I) AHAD ATAU RABU - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN

II) ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;

III) SELASA ATAU JUMAAT - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN;

IV) KHAMIS- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;

V) SABTU - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN;
Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!

Tanda malam Qadar ialah :

1) malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3) pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
 
MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.

Thursday 18 August 2011

Wanita Dipotong Kaki, Diceraikan Anggota Badan

Salam dan hai readers,
Info PENTING untuk berkongsi dengan semua!

Peringatan kepada semua !!!!!!!!!!!

Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong.
Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.
Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.
Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti

Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita ..
Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka.
Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka,
Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
Ketiga,
Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam!
Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia!
Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!

Sampaikan mesej ini kepada semua wanita supaya salah seorang wanita dalam hidup kita tidak akan menjadi salah seorang dari mangsa mereka!

 

Wednesday 17 August 2011

mana mak??


As-Salam…..

Untuk tatapan dan renungan semua anak-anak dan mak-mak….semuga ianya tidak berlaku kepada kita ya………..

"Mana Mak?' 

Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
 
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.
 
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
 
Ateh  menjawab, “Entah.”
 
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
 
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
 
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik.
 
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
 
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
 
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
 
Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
 
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.  
 
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.
 
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
 
Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham.
 
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
 
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
 
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
 
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
 
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
 
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu.
 
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat."
 
Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
 
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
 
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
 
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
 
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
 
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
 
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
 
"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
 
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"    
 
Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.
Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa
. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

lets click !